Wednesday, October 15, 2008

Suatu Masa Dahulu....

Sungguh lama tak post apa2 dalam blog Izzah. Selain dr masalah internet, tak sempat pun menjadi salah satu daripada penyebab. Apa-apa pun Ummi sedang mencuba untuk update blog Izzah semula dengan lebih banyak gambar dan cerita menarik untuk tatapan pengunjung setia semua...

Sunday, April 20, 2008

izzah & seluar..

masa ni izzah tengah berusaha untuk membuka seluar... pakai seluar tak pandai tapi nak try bukak seluar dulu... dari pemerhatian ummi izzah pandai bukak seluar dulu baru pandai pakai seluar.. menjerit-jerit sekiranya usaha dia tidak tercapai... disajikan clip izzah berusaha untuk bukak seluar & aksi ini dianggap magic oleh ummi... sorry sekiranya terganggu dengan audio.. bunyi ummi gelak! sorry...

izzah solat..

izzah ikut ayahman dia solat (saje je solat dengan bantuan ayahmad... hehhehe ikut je apa orang buat... pastu suka2 hati nak tukar kiblat... hhahahahah enjoy!

aksi si manja!

izzah suka peluk "bob" bila nak tido... hai la hai...

izzah suka main buai... sampaikan tau jalan nak p taman permainan ni...! kalau nak p main buai izzah akan bagi tau ummi ..."bueii"... hehehhe pelat anak ummi!

izzah suka pakai songkok abah... ada gaya lak tuh pakai... suka hati je...

izzah ala-ala "star wars".. sambil pusing2 dia akan sebut "... halo... halo..." apa maknanya ummi pun tak tau... apa-apa aje la izzah...

Cuti-cuti Malaysia di Perak, Kedah, Perlis






Lama dah ummi tak post apa-apa dalam blog ni... selama tu jugak ummi & abah sempat bawak izzah p umah nyang kat Kedah. Singgah kat Bukit Merah Lake Town Resort untuk mandi-manda (sori takde gambar) & tak lupa nikmati pemandangan cantik di Kuala Perlis... hehhehe

Wednesday, March 5, 2008

Izzah starts with "abah.."

Ummi terjumpa video nih... saje try masukkan dalam blog! enjoy!

Selamat Mengundi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan ini Ummi nak ucapkan Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia kepada semua kawan-kawan Ummi. Selamat mengundi!!